51- Tidakkah kamu perhatikan kepada orang2 yang telah diberikan sebahagian dari kitab ( Taurat ) ? Mereka percaya kepada benda2 yang disembah lain dari Allah, dan kepada taghut, dan mereka pula berkata kepada orang2 kafir ( musyrik Mekah ) bahawa mereka ( musyrikin ) lebih betul jalan agamanya dari orang2 beriman.

 

52- ( Kaum Yahudi yang bersikap demikian ) mereka Itulah orang2 yang dilaknat Allah, dan sesiapa yang dilaknat Allah , maka engkau tidak sekali2 akan mendapati sesipa pun yang boleh menolongnya

 

53- Patutkah ada bagi mereka sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? ( Tidak! bahkan kalau ada ) maka sudah tentu mereka tidak akan memberika sedikit pun kebaikan kepada manusia

 

54- Atau patutkah mereka dengki kepada manusia Muhammad dan umatnya ) disebabkan nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka  dari limpah kurnianya? Kerana sesungguhnya Kami telah pun memberi kepada keluarga Ibrahim kitab dan hikmat, dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar

 

55- Maka antara mereka ( kaum Yahudi ) ada yang beriman kepada ( apa yang dikurniakan kepada Ibrahim ) itu, dan ada pula antara mereka yang berpaling darinya. Dan cukuplah dengan neraka jahanambvv yang sentiasa menyala2 itu ( jadi tempat mereka ).

 

Dari ibnu Abbas : Tatkala datang utusan 2 Yahudi itu, orang2 Quraisy berkata kepada mereka : Bagaimana pendapat tuan2 tentang orang yang sabar dan banyak berbicara di mimbar itu ( Nabi Muhammad )? Kerana ia mendakwakan lebih baik dari kami. Padahal kami melayani orang2 haji, memegang kunci Kaabah dan mengatur serta memberi minum jemaah2 haji. Utusa2 Yahudi menjawab : Kamu yang lebih baik. Ayat2 di atas di turunkan khusus kepada ketua2 Yahudi