SUARA KEDAMAIAN

Di celah runtuhan rumah batu
Sikecil merenung langit
Sedang menunggu siayah pulang
Sekian lama menghilang
Sejak kelmarin dibawa pergi
Entah ke mana mungkin tersiksa

Zionis mengganas lagi
Kan sentiasakah begini?
Ribuan insan terkorban
Kampung halaman dirampas
Letupan demi letupan
Tembakan sering kedengaran

c/o

Jeritan demi jeritan
Menghias siang dan malam
Pribumi jadi pelarian
Hidup dalam buangan
Semalam terang benderang
Hari ini dunia kelam
Sampai bilakah terus begini?

Ayuhlah teman - temanku
Hulurkan tangan pada saudaramu
Kembalikan tanahairnya
Perangi Zionis durjana
Suarakan kedamaian
Di segenap pelusuk dunia.

Lagu & Lirik : Jadong

Mary

Seperti yang telah direncanakan
Dia muncul memecah kesunyian
Seorang gadis yang tak pernah ku impikan
Datang memberikan sebuah harapan
Dengan kata2 penuh mesra 
Dia menghulurkan salam perkenalan

Wajahnya sungguh manis
Namun senyumannya lebih manis lagi
Bentuk bibirnya yang  menawan
Membuat hati terasa gundah 

Aku menerimanya dengan hati penuh terbuka
Semoga dapat ku hiburkan
Hati yang sedang luka

Sedang aku berkira-kira
Tiba2 ia menyapa
Dengan nada yang menggoda
Mengajakku berpesta ke rumahnya

 c/o

Lalu aku berkata:
Maafkanlah aku kerana
Tak dapat datang ke rumahmu
Kerana berpesta bukan kegemaranku
Keluar berjalan bolehlah
Makan dan minum bersama

Oh! Mary, aku harap kau mengerti
Dunia kita jauh berbeza
Kulit berlainan warna
Begitu juga citarasa
Adatku adatmu, caraku dan caramu
Tak mungkin dapat menyatukan kita
Meskipun kita sama2 manusia

Kini kau tak lagi
Kirim berita
Dan tak terangkan mengapa
Suramku rasa kurang bermaya
Bagaikan bubur hilang manisnya.