Penjajahan Sifar

Di manakah tangan-tangan besi
Yang mampu mematahkan
Jeriji-jeriji penjajahan?

Kini orang-orang kafir mengganas
Dan pasti akan terus mengganas
Buas bagaikan jentolak
Tanpa perasaan belas
Menjahanamkan bumi saudaramu

Dalam keadaan yang tertekan
Orang-orang Islam masih berpecah-belah
Berpuak-puak dan bermusuhan
Kerana ego dan tidak sefahaman

Betapa buruknya nasib orang-orang Islam
Negara dan kedaulatan lepas dari genggaman
Penduduk negeri menderita sebagai pelarian
Masjid dan tempat ibadat
Tidak lagi dapat perlindungan
Sikafir menjadikannya kelab malam
Suatu jalan menghinakan Islam

Wahai saudara-saudara seagamaku
Perjuangkanlah kemerdekaan untuk saudaramu
Dengan menggadaikan harta hingga nyawa
Bunuhlah musuh dan cincanglah tubuh mereka
Warnakan bumi Islam dengan merah darah penjajah
Sebagai balasan sebuah penaniayaan
Bukankah senjata-senjata mereka sentiasa panas
Kerana tidak henti-hentinya menghamburkan peluru
Menghujani dan menumbangkan saudaramu

Ayuh segera bersedia dengan senjata
Melangkah perkasa di medan pertempuran
Menggempur musuh sehingga tuntas
Berperanglah demi menegakkan
Keadilan dan mengembalikan maruah
Simpatimu bukan sekadar
Melihat dengan linangan airmata
Kerana airmata takkan dapat
Membalut luka yang sangat dalam

Orang-orang kafir itu sedang menjarah
Kekayaan dan kemewahan yang kita miliki
Malah mereka mermpas dengan jalan kekerasan
Setelah bermuslihat menciptakan alasan

Wahai pemimpin-pemimpin Islam
Janganlah lagi kamu membuat perjanjian
Dengan pemimpin-pemimpin kafir
Kerana mereka itu tidak boleh dipercayai
Mereka adalah pembohong besar
Telah seringkali mereka mengkhianati perjanjian
Mulut berkata ya hati berkata tidak

Wahai cendikiawan -cendikiawan Islam
Majukanlah ilmu persenjataanmu
Setanding atau melebihi orang-orang kafir
Jika tidak kemenangan hanyalah sebuah khayalan
Kau akan terus dijajah dan diperolok-olokkan
Dan mereka yang akan menentukan hala tuju hidupmu.