Jatidiri yang terhakis

Rock,reggae,blues,jazz,rap dan hip-hop
adalah muzik kegemaranku
Wrangler,Lev'is,Edwin dan Calvin Clien
jenama pakaian kebanggaanku

Aku gemar makan di KFC, Pizza Hut, Mcdonald dan Kenny Rogers
Aku telah banyak menghabiskan
Wang dan waktu untuk barangan barat

Aku terlalu mengagumi barat
Kerana mereka bangsa yang maju
Apa yang aku mahu aku temui
Ternyata barat memenuhi citarasaku

Perempuan barat beraksi seksi
Aku pun tiru
Dedah peha,dada,pusat dan segala aurat
Pada mulanya terasa malu
Tetapi bila sudah biasa
Rasa malu berganti berani
Rasa bangga pula meresapi
Kerana selalu dipuji
Aku upto-date dan kelihatan menawan

Hippies,Afro,Punk,Black Metal dan skinhead
Bagaikan wabak malaria dan T.B
Imunisasiku lemah lalu dijangkiti
Lalu ku perjuangkan kerana itulah identiti
Hingga ku lantak sisa makanan di tong sampah

Dahulu aku suka lemang dan sambal belacan
Selalu makan di warung dan kedai Melayu
Tapi kini kemelayuan tidak lagi ku beratkan
Suntikan kebaratan telah mengubah jatidiriku

Jatidiri Melayu telah banyak terhakis
Budaya barat bertapak kukuh di sanubari
Ciri-ciri orang putih telah sebati
Aku menjiwai dengan senang hati
Hingga Melayu dan Islamku cuma pada nama
Tanpa praktikal dan penghayatan

Kadang-kadang akau bertanya pada diri
Di manakah identiti Melayuku?
Dengan mudah jawaban ku temui
Pada hidung kemekku,rupa
Dan kulitku seperti orang asli.