Slim Village
Pagi ini Wak keluar rumah seperti biasa. Setelah menyarungkan selipar jepun Wak menuju ke motosikal. Kunci Wak tusukkan di suis lalu meng`on'kannya. Kemudian Wak tarik choke dan seterusnya menghentak `starter' menghidupkan enjin.
     Sementara menunggu enjin panas, Wak membaca ayat Al- Qursi. Itulah kebiasaan yang tidak pernah Wak abaikan. Cuma malangnya kadang2 semasa membaca ayat tersebut fikiran Wak menerawang jauh ke sana ke mari hingga Wak tak tau apa yang sedang Wak baca. Wak tak pasti Wak dah habis baca ke atau belum. Seringkali Wak ulang membaca sedari ayat yang pertama beberapa kali.

Sebelum Wak merempuh ke jalan besar,Wak melintasi beberapa buah rumah di dalam kampung kerana itulah laluan Wak. Rumah-rumah tersebut adalah rumah Siji, Piap, Nazri,Pak Baha, Yek, Pak Amid, Pak Rahman, Pak Azit dan sebuah surau.
     Sesampai di simpang jalan besar, aku berhenti seketika sambil menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan lalu -lintas selamat. Jika laluan sudah mengizinkan Wak pun meneruskan perjalanan menuju ke pekan Slim Village.
     Dalam perjalanan ke pekan itu perasaan dan fikiran Wak terus bekerja, berfikir dan merasa. Pagi ini terlalu dingin, sebab itu Wak mengenakan baju jeans tebal. Begitulah pakaian wak jika cuaca terlalu sejuk. Tubuh Wak kurus sebab itulah Wak selalu kesejukan. Jika ditiup angin maka lebih sejuklah lagi.
     
Pagi ini suatu pagi yang indah, hari Jumaat.Keindahan ini membuatkan Wak merasa gembira. Pohon-pohon yang bergoyang ditiup angin menambahkan lagi kegembiraan. Sewaktu menunggang motor Wak mencuri-curi pandang ke pergunungan yang berada di sebelah kanan jalan. Memang itulah yang selalu Wak lakukan sewaktu dalam perjalanan ke pekan. Tapi gunung ini tidak kelihatan sepenuhnya. Ia dilindungi oleh pokok-pokok. Namun jika mahu melihat ia sepenuhnya lihatlah dari jambatan di pekan. Pemandangan dari sini lebih menyeluruh dan indah. Daya tarikannya lebih lagi2


Slim Village .View at 7 a.m
Bangunan kedai yang usang ada juga baiknya dibiarkan kerana iamengandungi nilai sejarah.Bangunan ini didirikan sewaktu era British.



          Sebelum sampai ke pekan, di tengah jalan biasanya Wak berselisih dengan beberapa kenderaan seperti kereta, lori dan motosikal. Di sini terdapat banyak lori-lori besar yang membawa pasir keluar. Orang kata, pasir ini dibawa ke Tg. Karang, sebuah bandar di Selangor untuk di kilangkan. Lori-lori ini menakutkan kerana saiznya  bukan sahaja besar tetapi selalu dipandu laju. Seorang daripada kawan Wak yang tidak dapat menahan marah pernah memecahkan cermin hadapan sebuah lori. Ia gunakan lastik sebagai senjata.
 Orang yang menggunakan motor pula kebanyakannya adalah pekerja kilang. Waktu pagi-pagi begini mereka menuju ke tempat kerja yang berada tidak jauh dari kampung Wak. Mereka ini kadang-kadang menunggang secara berbahaya. Kalau agak lewat mereka akan memandu dengan laju. Begitulah, biasanya orang yang nak cepat sampai ke destinasi akan tergesa-gesa. Tetapi itu dapat dimaafkan...bagai mana pula yang memandu laju sewaktu pulang dari kerja? itu biasa berlaku di sini. Apakah itu dapat dimaafkan?
        Jalan di sini banyak terdapat selekoh. Pemandu-pemandu pula kadang-kadang memandu secara berbahaya. Namun walaupun begitu kemalangan jarang terjadi. Jika terjadi pun cuma sekali-sekala. Dan kemalangan ini jarang melibatkan kematian. Walaupun ada yang mati tetapi angkanya sangat kecil.
        Penoreh-penoreh getah turut sama menggunakan motosikal untuk ke kebun. Di pagi-pagi begini mereka semua bertebaran menuju ke kebun masing-masing. Mereka tidak seperti pekerja-pekerja kilang yang memandu laju. Jika terlambat sekalipun mereka tetap memandu dengan perlahan,berbeza dengan pekerja kilang yang mempunyai punchcard dan elaun kedatangan. Mereka perlu sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya. Rekod kerja perlu dijaga. Jika tidak elaun akan dipotong dan gaji tidak akan dinaikkan.
        Penoreh-penoreh getah terdiri dari berbilang bangsa. Ada Melayu,Cina,India dan Orang Asli. Ada juga orang dari negeri asing seperi Indon, Pakistan dan Bangladesh. Pendatang=pendatang ini mencari makan (nafkah) dengan menoreh pokok getah kepunyaan orang-orang tempatan. Ada dua cara yang digunakan:
1- Memajak kebun secara bulanan
2- Hasil dibahagi dua (50%) dengan tuan kebun atau 10-6 (60%) untuk penoreh.
Kedua cara ini diamalkan juga oleh penoreh tempatan.
        Hari ini ramai penoreh yang mengeluh kerana harga getah tidak semahal dahulu. Harganya telah jatuh lebih separuh. Kalau dahulu harganya RM3.50 sekilo tapi sekarang cuma tinggal RM1 sahaja. Di sebabkan harganya yang murah menjadikan pendapatan dan kerja menoreh tidak sepadan. Namun,walaupun begitu masih ramai orang yang terus menoreh kerana tiada pilihan. Walaupun kerja menoreh menjanjikan pendapatan yang kecil namun kehidupan perlu diteruskan. Hendak dapatkan pekerjaan yang lain pula susah kerana dizaman kejatuhan ekonomi dunia begini peluang pekerjaan terlalu terhad. Oleh sebab itu, mahu atau tidak, suka atau tidak pekerjaan menoreh tetap diteruskan

 Dalam perjalanan ke pekan Wak berselisih dengan ramai orang. Ada yang dikenal ada yang tidak. Ada lelaki ada perempuan. Ada Melayu, Cina , India dan macam-macam bangsa lagi. Setengahnya menegur dan ada setengahnya buat tak tau sahaja. Kadang-kadang ada orang yang kenderaannya rosak di tengah jalan. Ada yang pancit tayar, rantai putus dan ada yang kehabisan petrol dan beberapa kerosakan lainnya. Biasanya kalau Wak bertemu dengan mereka yang menghadapi masalah begini Wak akan berhenti bertanyakan apa masalah mereka. Kalau Wak boleh tolong Wak akan tolong , kalau tidak Wak akan terus berlalu.
       Setelah 5 minit berlalu, aku pun sampai di pekan Slim Village. Pekan ini menjadi tumpuan penduduk setempat membeli beberapa keperluan, baik keperluan dapur atau keperluan pertukangan. Di pekan ini terdapat beberapa kedai runcit yang kebanyakannya dimiliki oleh orang-orang India. Disamping itu juga terdapat beberapa kedai makan yang kebanyakannya pula dimiliki oleh orang Melayu. Pekan ini juga mempunyai sebuah pasar, sebuah kedai gunting, sebuah kedai jahit, dua buah kedai membaiki motosikal, sebuah kedai membaiki basikal sebuah kedai menjual alatan persekolahan dan sebuah kedai ubat. Selain itu ada sebuah kedai menjual petrol dan dua buah kedai membeli getah. Di pekan ini juga terdapat balai polis, sebuah masjid ,perpustakaan, dua blok quaters guru dan sebuah padang bola. Tidak ketinggalan sebuah sekolah Tamil dan sebuah sekolah Cina.
       Bangunan kedai-kedai di pekan ini telah dibina sewaktu pemerintahan Inggeris. Baru-baru ini majlis daerah telah membina 2 block kedai makanan dan sebuah pasar, menggantikan block yang lama. Tiap-tiap hari Sabtu diadakan pasar pagi. Berbagai barang dijual dengan harga yang agak murah.


Kedai kopi baru.Menggantikan yang lama.

Setelah menongkatkan motor Wak pun melabuhkan punggung
di kedai makan kepunyaan seorang India Muslim. Merupakan
sebuah kedai yang paling lama beroperasi di pekan ini. Wak masih
 ingat lagi pada tahun 70-an aku selalu minum bersama bapa Wak
di sini.
        Waktu pagi begini Juadahnya ialah roti canai,
tose, mi dan mihun goreng dan sedikit kuih juga nasi lemak.
Waktu tengahari pula terdapat nasi campur berlaukan 
masakan India iaitu kari. Macam-macam kari ada
antaranya lembu,ayam,ikan dan 2 -3 macam sayuran.
       Pagi ini entah kali yang keberapa ratus kali
 Wak minum di sini.Duit Wak pun entah berapa ribu habis di sini
(tuan kedai dah ada rumah besar sekarang)
.Bayangkanlah aku makan dan minum di sini
sejak tahun 70-an lagi.
       Begitulah sedikit coretan tentang kampung halaman
Wak. Bumi di sini telah menyaksikan beberapa 
babak kehidupan orang2 di sini. Banyak 
cerita suka dan duka. Zaman bertukar zaman. Bermula dari
era sebelum pemerintahan Jepun,selepas itu 
era pemerintahan Jepun, kemudian Komunis
, selepas itu Inggeris hinggalah ke era 
kemerdekaan dari penjajah. Suatu yang pasti di sini
ialah pembangunannya bergerak perlahan.
Kemudahan masih belum mencukupi. Namun yang istimewanya 
penduduk di sini agak mudah bergaul walaupun 
berlaianan bangsa.Mereka juga bertolak ansur.
     Di sini amat jarang berlaku pergaduhan
walaupun penduduknya berbilang bangsa. Yang 
selalu terjadi adalah kecurian getah dan petai
di kebun. Sesekali ada juga terjadi kejadian 
pecah rumah.

.
Adakalanya apabila Wak sudah lama meninggalkan kampung rasa rindu datang menjelma. Yang paling Wak rindu ialah kawan2 dan masyarakat disini. Wak selalu teringat akan suasana sewaktu minum pagi petang dan malam. Juga rindu pada suasana berada di masjid ketika subuh ,zohor, asar,  maghrib dan isyak.
Waktu bersama kawan2 adalah waktu yang paling meggembirakan. Kawan2 ada yang baik dan ada juga yang kurang baik,tapi bagi Wak mana kawan2 yang kurang baik itu masih dapat dimaafkan kerana mereka cuma melakukan kesalahan kecil kepada Wak.
Namun jika anda mahu makan angin di sini Wak pasti anda akan rasa puashati kerana di sini ada tempat2 rekreasi. Antaranya ialah Sungai Bil, Pecah Batu dan Ulu Slim.
Sungai Bil airnya sungguh jernih dan mempunyai banyak lubuk dan batu2.Bukti airnya yang jernih ialah anda boleh nampak ikan dari darat.Malah anda dapat membezakan ikan2 yang berlainan.
Di Ulu Slim pula terdapat tempat untuk berkhemah dan mempunyai laluan untuk kenderaan 4 roda dan arena scrambler.Di sini juga selalu diadakan acara2 dan sukan lasak seperti yang disebutkan di atas.Disamping berkenderaan bermotor anda juga boleh menikmati kedinginan air di sungai dan melawat perkampungan orang asli yang banyak terdapat di sini .Antaranya ialah Pos Bersih,Tenau Dan Tibang.Pelancung Barat pernah beberapa kali melancung ke sini. Ini menunjukkan bahawa tempat ini mempunyai nilai dan daya tarikan yang tersendiri. Apabila sesuatu acara sukan lasak di adakan biasanya di jalanraya akan terlihat berderet-deret kereta pacuan 4 roda sedang melintas.Biasanya mereka datang pada hari Sabtu dan pulang pada hari Ahad.
Di Ulu Slim juga terdapat sebuah kolam air panas. Suhu airnya ialah .Laluan dan pondok ada dibuat di tengah2 kolam, kerana itu pengunjung dapat menikmati suasana di kolam ini dengan lebih baik. Kemasukan adalah percuma.
  

Pekan tua Slim Village. View 7:30 a.m
Pekan tua Slim Village. View 7:30 a.m

Sebuah lorong yang terdapat di Slim Village.

Kedai runcit
Kedai runcit

Salah satu kedai runcit yang terdapat di Slim Village.

Kedai lama
Kedai lama

Kedai kopi ini telah dibina pada tahun 1982. Pada hari ini tahun 2008 ia telah dirobohkan. Peniaga terpaksa menunggu selama setahun untuk berniaga kembali.

kedai kopi baru
kedai kopi baru
quarters guru
quarters guru

Sungai Slim. Bermula dari Ulu Slim berakhir di Kuala Slim. Panjangnya sekitar 20 km.

Bahagian ulu .

Sungai Slim
Sungai Slim

Bahagian hilir

Beginilah pemandangan di dalam masjid Slim Village. Sejurus masuk waktu solat Zohor yang cuma kelihtan cuma seorang jemaah sahaja. Penduduk Islam ada ramai tetapi kebanyakanya malas nak datang. Waktu solat Zohor dan Asar biasanya terdapat 6 atau 7 makmum sahaja. Keadaan ini boleh dikatakan menyedihkan, masjid kelihatan tidak bermaya, masjidnya kecil tetapi masih tidak mampu dipenuhkan. Umat Islam tidak lagi mahu mengikut sunah Nabi. Nabi bukanlah  menjadi idola mereka.

Pengunjung tetap masjid. Mereka ini selalu datang solat berjemaah.

Penduduk di sekitar selalu bersedekah makan sambil membuat tahlil untuk keluarga yang telah meninggal dunia terutamanya.

merpati
merpati

Slim Village terdapat banyak burung merpati. Pagi2 lagi burung2 ini sudah ada di atas dada jalan.

masjid Slim Village
masjid Slim Village
Tanah Perkuburan
Tanah Perkuburan
Hujan
Hujan
Air Terjun
Air Terjun

Pusat Peranginan Sungai Bil. Ia merupakan salah sebuah tempat yang menjadi tumpuan di Slim Villlage.

Tempat bertanggak ,parking kenderaan ,tempat persalinan disediakan.

tempat melepak

Lapang Sasar
Lapang Sasar

Pecah Batu . tempat pasukan keselamatan berlatih menembak.

Musim durian
Musim durian

Apabila tiba musim durian ,durian didapati dengan mudah. Ini adalah salah satu dari beberapa tempat mengumpulkan durian.