Setelah hari tarikh kenduri ditetapkan, maka orang2 kampung ( lelaki sahaja ) bergotong royong menegakkan khemah.Khemah adalah sumbangan kerajaan. Di kampung Wak ada 3 khemah, sebenarnya kanopi. Kadar sewa untuk orang2 kampung sendiri ialah RM60. Orang luar RM 200.

Berbumbungkan kanzas
Berbumbungkan kanzas

Begitulah cara2 memasang kanopi. Mula2 pasangkan rangkanya,skru sana skru sini. Lepas tu baru pasang bumbung.

Dah banyak pinggan dibasuh
Dah banyak pinggan dibasuh

Kalau diam saja tak seronok buat kerja. Kalau terlebih cakap pulak kerja tak jalan.

Kaum perempuan pula kerjanya menyediakan ramuan untuk menu. Di dalam gambar ini mereka sedang mengopek kentang untuk dibuat gulai.

Memasak
Memasak

Memasak juadah makan malam.Mereka sedang memasak lauk. Rasanya mungkin pedas agaknya. Biasanya masakan  Melayu begitulah rasanya . Kalau tidak  kurang selera makan.

Hidupkan api
Hidupkan api

Pakcik ni pulak sedang hidupkan api. Memasak gunakan dapur gas. Zaman dulu kalau kenduri gunakan kayu api. Semua masakan guna kayu api itu pasal kerja lambat siap.

Dah banyak basuh pinggan
Dah banyak basuh pinggan

Kalau kenduri kecil2an pinggan mangkuk tak banyak yang dibasuh.

basuh pinggan
basuh pinggan

Beginilah kalau kenduri. Siang malam basuh pinggan. Bab basuh pinggan diserahkan kepada anak2 muda. Nak suruh masak diaorang tak tau. Suruh jadi mak andam lagi tak boleh . Kalau suruh jugak nanti pengantin takda rupa pengantin. Mungkin rupa pelakun opera Cina.

Suasana di tempat basuh pinggan
Suasana di tempat basuh pinggan

Boss sedang melihat anak buah bekerja. Macam marah lagaknya. Anak buah tak boleh malas2 sebab makan minum dan rokok dah dibagi. Lepas kenduri tuan rumah bagi lagi duit minum kopi. Kadang2 dapat RM 200. Kongsi la ramai2 pegi minum. l

Ada orang kuat , senang buat kerja
Ada orang kuat , senang buat kerja
Basuh sorang2
Basuh sorang2

Dah penat angkat kena pula basuh sorang2. Kena ragging tu biasalah. Tapi abang ni tahan lasak. Kuat makan dan kuat kerja. Nampak tak muka dia yang manis dan tersenyum. Itu maknanya dia ikhlas.

Pakar buat air sirap
Pakar buat air sirap
Tetamu menjamu selera
Tetamu menjamu selera